Selamat Datang
Portal Pengurusan Maklumat Zakat dan Baitulmal Malaysia
Portal Pengurusan Maklumat Zakat dan Baitulmal Malaysia merupakan satu portal yang memaparkan statistik am berkaitan zakat dan baitulmal di Malaysia. Statistik yang dipaparkan dari laman ini diperoleh dari Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia dan akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi memudahkan orang awam membuat rujukan mengenai statistik zakat dan baitulmal di Malaysia. Antara maklumat yang dipaparkan ialah Statistik Kutipan Zakat Harta dan Fitrah, Statistik Agihan Zakat, Kadar Nisab Zakat Harta dan Fitrah serta Statistik Kadar Fidyah
Surau At-Taubah Ayat 60
” Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan Amil-amil yang mengurusnya,dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”
"Amazing Designs and Quality Work!"